Unit Peperiksaan
Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Kedah merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana serta memantau segala urusan berkaitan penilaian dan peperiksaan pelajar. Unit ini memainkan peranan utama dalam memastikan sistem penilaian berjalan dengan telus, teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan (KPM).
Dengan komitmen tinggi daripada semua pegawai dan staf, Unit Peperiksaan sentiasa berusaha memastikan setiap peperiksaan dijalankan secara profesional dan berintegriti. Unit ini juga menjalin kerjasama rapat dengan pensyarah, penasihat akademik dan pihak pentadbiran bagi memastikan kejayaan akademik pelajar dapat dicapai secara menyeluruh.
Objektif
- Memastikan proses peperiksaan mematuhi prosedur piawai (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
- Menyediakan segala kemudahan untuk menjamin keselesaan semua calon yang menduduki peperiksaan.
- Menyediakan analisis dan laporan prestasi pencapaian calon bagi tujuan penambahbaikan pencapaian akademik.
Fungsi
Unit Peperiksaan KMK bertanggungjawab dalam:
- Pengurusan Peperiksaan dan Ujian Program Matrikulasi
- Pengurusan Data Peperiksaan Program Matrikulasi
- Pengurusan Bilik Kebal / Bilik Keselamatan dan Stor Peperiksaan
- Pengurusan Peperiksaan/Ujian Luar
Organisasi Unit Peperiksaan
MOHD FARIZUDDIN BIN SENAPI
Penolong Pengarah Peperiksaan 1
Emel :
SHAHARIN BIN HASAN
Penolong Pengarah Peperiksaan 2
Emel :