Skip to main content

Unit Hal Ehwal Pelajar

Unit Hal Ehwal Pelajar

MOHD SYAFIQ BIN GHAZALI

Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Maklumat Unit Hal Ehwal Pelajar

Pengenalan
images/staf/Unit Hep/consult.png

Unit HEP KMK terletak di Bangunan Serambi Pelajar bersebelahan dengan Bangunan Pentadbiran Seri Jerai. Unit ini terdiri daripada dua orang Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dua orang Pembantu Khidmat Am.

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Waktu Operasi 
Ahad - Rabu  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis             : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat                : 1.00 tengah hari - 2.00 petang

Objektif dan Fungsi

Objektif

  1. Memastikan proses pendaftaran pelajar dapat dilaksanakan dengan cekap dan sistematik.
  2. Memastikan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu diurus dengan sistematik dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi.
  3. Merancang, mengurus dan mengawalselia pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah pelajar agar terus cemerlang selaras dengan objektif Bahagian Matrikulasi.
  4. Memastikan suasana yang harmoni dan kondusif semasa pelajar berada di Kolej Matrikulasi KPM melalui penyediaan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan kebajikan yang diperlukan oleh pelajar.
  5. Menghasilkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
  6. Merancang, menyelaras dan mengawalselia aktiviti dan program Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di Kolej Matrikulasi KPM.
  7. Merancang, menyelaras dan menguruskan aduan pelajar dengan sistematik dan mengambil tindakan susulan yang sesuai.
  8. Merancang dan menguruskan data pelajar dengan sistematik dan terkini.

Fungsi

Unit HEP KMK bertanggungjawab dalam:

  1. Pengurusan pelajar mendaftar/ berhenti/ tangguh pengajian, tukar jurusan/ aliran dan pindah kolej.
  2. Pengurusan pulang bermalam, outing dan ketidakhadiran pelajar.
  3. Pengurusan disiplin pelajar dibawah Akta 174.
  4. Pengurusan kebajikan pelajar (bantuan sara hidup pelajar, insuran, elaun murid keperluan khas, bantuan kebajikan, anak angkat kafetaria dan lain-lain)
  5. Pengurusan aktiviti kolej melibatkan pelajar (perhimpunan, majlis sambutan dan lain-lain).
  6. Pengurusan pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).
  7. Pengurusan aktiviti pelajar dibawah kendalian JPP.
  8. Pengurusan aktiviti kerjasama dengan alumni KMK dan juga agensi luar.
    Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

    Pengenalan

    Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Kedah merupakan badan kepimpinan pelajar tertinggi di kolej yang bertanggungjawab menjadi suara rasmi dan penghubung antara pelajar dengan pihak pengurusan kolej.

    Penubuhan JPP adalah termaktub di bawah Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, yang memperuntukkan kewujudan badan pelajar bagi menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar serta membantu dalam urusan pentadbiran berkaitan hal ehwal pelajar.

    JPP memainkan peranan penting memperkasa kepimpinan pelajar, menyelaras program yang membina sahsiah dan kebajikan, serta memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang menyokong pembangunan diri dan komuniti. Ahli JPP dilantik melalui proses pemilihan yang sah dan membawa mandat untuk memacu kecemerlangan pelajar secara holistik, seiring visi dan misi kolej.

    Struktur Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

       1.   Yang Dipertua
       2.   Naib Yang Dipertua
       3.   Setiausaha Agung
       4.   Naib Setiausaha Agung 1
       5.   Naib Setiausaha Agung 2
       6.   Bendahari Kehormat
       7.   Exco & Naib Exco Akademik
       8.   Exco & Naib Exco Kerohanian dan Moral
       9.   Exco & Naib Exco Kebajikan
       10. Exco & Naib Exco Sahsiah dan Keselamatan
       11. Exco & Naib Exco Sukan dan Kebudayaan
       12. Exco & Naib Exco Perhubungan Luar
       13. Exco & Naib Exco Penerangan dan Penerbitan

    Organisasi Unit Hal Ehwal Pelajar

    MOHD SYAFIQ BIN GHAZALI

    Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar
    Tel : 04-9286100 (ext : 1027)
    E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    ROSMANIZA BINTI IBRAHIM

    Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar
    Tel : 04-9286100 (ext : 1025)
    E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    MOHD FERDAUS BIN SARUDIN

    Pembantu Khidmat Am
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    NUR HARISSA AKMAR BINTI AKBAR

    Pembantu Khidmat Am
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.