Skip to main content

Unit Asrama

Unit Asrama

MOHAMAD SUWARDI BIN SAID

Ketua Penyelia Asrama



Maklumat Unit Asrama

Pengenalan

Kolej Kediaman Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) diwujudkan bagi menyediakan penempatan kepada semua pelajar matrikulasi tanpa mengira kaum. Kolej kediaman ini mempunyai enam blok (A1, A2, B1, B2, C1 & C2) dengan kapasiti 2,800 orang pelajar bagi setiap pengambilan.

Terdapat tiga kolej kediaman di KMK iaitu satu kolej kediaman pelajar lelaki (Seri Palas = blok A1 dan A2) serta dua kolej kediaman pelajar perempuan (Seri Temin = Blok B1 dan B2 & Seri Laka = Blok C1 dan C2).

Pengurusan kolej kediaman dikendalikan oleh seorang Ketua Penyelia Asrama bersama tiga orang Penyelia Asrama serta dua orang Pembantu Khidmat Am yang bertanggungjawab memastikan kebajikan dan kelengkapan pelajar sentiasa terjamin.

Bagi mewujudkan suasana kondusif, kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh pakaian, bilik pantry lengkap dengan seterika dan mesin air panas di setiap aras, bilik TV/rekreasi, bilik bacaan, surau dan bilik sakit.

Pengurusan kolej kediaman turut dibantu oleh pensyarah yang dilantik sebagai felo, iaitu 8 felo di blok perempuan dan 10 felo di blok lelaki, yang berperanan membantu pelajar selepas waktu pejabat.

Setiap bilik boleh memuatkan empat orang pelajar dengan kelengkapan asas yang lengkap seperti katil, tilam, meja belajar, kerusi dan almari, manakala bilik air disediakan di setiap aras untuk kemudahan penghuni.

    Visi, Misi dan Piagam Pelanggan

    VISI

    Untuk menjadikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman yang berkualiti dan bersistematik

    MISI

    • Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman mengikut prosedur kerja yang ditetapkan agar dapat melahirkan staf yang berketrampilan dan berdaya saing.
    • Mewujudkan persekitaran kolej kediaman yang kondusif dan selamat dengan prasarana yang lengkap.
    • Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman dilaksanakan melalui kerjasama yang jitu,penghayatan budaya kerja cemerlang dan penambaikan yang berterusan.

      PIAGAM PELANGGAN

      Kami, pihak pengurusan pentadbiran kolej kediaman beriltizam akan :-

      • Memastikan urusan penempatan setiap pelajar ke kolej kediaman diselesaikan pada hari pendaftaran.
      • Memastikan kemudahan prasarana pelajar mencukupi dan terurus sepanjang masa.
      • Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar semasa berada di kolej kediaman.
      • Memastikan aduan kerosakan yang diterima dari pelajar diselesaikan dalam tempoh ( 3 ) hari bekerja bagi kes kecil dan ( 12 ) hari bekerja bagi kes besar.
      • Memastikan pelajar dihantar untuk menerima rawatan dalam tempoh selewat-lewatnya ( 30 ) minit selepas aduan diterima.
      • Memastikan pelajar yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan kolej kediaman diselesaikan dalam tempoh ( 3 ) hari bekerja.
      Objektif
      • Memastikan pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman mengikut peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan.
      • Memastikan kemudahan kolej kediaman disedia dan diselenggara dengan sempurna.
      • Memastikan setiap pelajar Kolej Matrikulasi Kedah yang mendaftar di sini mendapat tempat tinggal yang kondusif dari segi prasarana yang disediakan.
      • Memastikan keselamatan dan kebajikan penghuni terjamin.
      • Memastikan segala peraturan kolej kediaman dipatuhi oleh penghuni.
      Waktu Operasi Rawatan ke Hospital/Klinik

      Ahad - Khamis 
      Tempat pendaftaran : Pejabat Asrama Blok B
      Sesi 1 : 8.00 pagi
      Sesi 2 : 2.00 petang

      Luar Waktu Pejabat :
      Sila berurusan dengan felo bertugas (untuk kes kecemasan sahaja)

      Makluman tambahan :
      1. Bawa bersama kad pengenalan dan kad matrik pelajar.
      2. Hadir awal sebelum kenderaan bergerak bagi menyelesaikan urusan dokumentasi pendaftaran.
      3. Bawa bersama surat temujanji doktor dan membuat pendaftaran di pejabat asrama blok B tiga hari sebelum temujanji (jika melibatkan urusan temujanji di Klinik Kesihatan Changlun atau di Hospital Sultanah Bahiyah sahaja).

      Organisasi Unit Asrama

      MOHAMAD SUWARDI BIN SAID

      Ketua Penyelia Asrama
      Pembantu Tadbir Kanan
      Tel : 04-9286100 (ext :1346)
      Emel : -

      MUHAMMAD HANIF BIN MD SAAD

      Penyelia Asrama Blok A
      Pembantu Tadbir
      Tel : 04-9286100 (ext : 1363)
      Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      SITI SALWANI BINTI MOHD HAYAT

      Penyelia Asrama Blok B
      Pembantu Tadbir
      Tel : 04-9286100 (ext : 1347)
      Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      NOOR SHAM SINAR BINTI MOHD JAMIL

      Penyelia Asrama Blok C
      Pembantu Tadbir
      Tel : 04-9286100 (ext : 1198)
      Emel :
      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      ZAINOL BIN AHMAD

      Pembantu Khidmat Am
      Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      OSMAN BIN RAMLI

      Pembantu Khidmat Am
      Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.