Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

1. Khidmat Pelanggan

  • Memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang sebaik mungkin kepada warga dan pelanggan yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat.

 

2. Pengurusan Fasiliti dan Operasi.

  •         Menyelenggara peralatan dan perisian Teknologi Maklumat.
  •         Pengurusan sistem rangkaian komputer (LAN dan WAN).
  •         Menyelenggara rekod asset dan inventori peralatan ICT.
  •         Melaksanakan 'backup' dan 'recovery' pangkalan data.
  •         Mentadbira email kolej Matrikulasi kedah.
  •         Menjamin keselamatan ICT (Firewall).
  •         Pengurusan pusat data (data centre server room).
  •         Perkhidmatan  Internet.
  •         Mengurus dan menyelenggara makmal komputer.
  •         Mengurus dan menyelenggara peralatan komputer pengguna-pengguna.

3. Perancangan dan Koordinasi

  •          Merancang bajet dan keperluan ICT KMK.
  •          Merangka polisi keselamatan ICT.
  •          Mempiawaikan dokumentasi data dan rekod,prosedur dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ICT.
  •          Pengurusan projek dan maklumat

4. Pembangunan Aplikasi

  •          Menyelenggara sistem maklumat berkomputer KMK (MIS, Email System, HRMIS dan lain-lain).
  •          Menyelenggara Laman Web.
  •          Membangun dan menyelenggara sistem baru mengikut keperluan.
  •          Mengintegrasikan aplikasi komputer yang bersangkutan dengan sistem maklumat pengurusan.

5. Pentadbiran dan Sokongan

  •          Memanipulasi data mengikut kehendak pengguna.
  •          Menguruskan sistem Email 1GovUc (@kmk.matrik.edu.my).
  •          Menguruskan akaun pengguna dalam sistem pengaksessan komputer.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan dan diselenggara oleh Unit Data & Maklumat.

Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti : -

1. Kemudahan Wifi (internet tanpa wayar). Kemudahan ini terdapat di sekitar kawasan kolej seperti di bangunan pentadbiran, dewan kuliah, pusat sumber, Asrama dan Makmal sains.

2. Kemudahan Makmal Komputer. Terdapat 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa yang menyediakan sebanyak 30 unit komputer bagi setiap satu makmal. Makmal tersebut terletak di aras 1 Pusat Sumber.

3. Kemudahan komputer di Cyber Remaja yang terletak di dalam Perpustakaan. Kemudahan tersebut adalah bagi kegunaan pelajar.

4. Kemudahan komputer di Serambi Pelajar bagi kemudahan pelajar seperti kemudahan pelajar untuk menggunakan sistem MIS bagi tujuan Outing.

Misi

Penerapan, Pengukuhan Penggunaan dan Pemantapan Teknologi ICT melalui pembangunan infrastruktur, pembelajaran, pengajaran dan penerapan nilai ICT dalam kakitangan akademik dan pentadbiran.

Visi

Berusaha untuk merealisasikan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran, Pengajaran dan Pentadbiran dengan menerapkan Teknik dan Teknologi Yang terkini dalam pembangunan Infrastruktur ICT .

Dasar Kualiti

Unit Data & Maklumat Komited dalam membantu, mempertingkatkan dan memastikan penggunaan teknologi ICT yang menyeluruh dalam seluruh sistem di Kolej Matrikulasi Kedah bagi membantu melahirkan pelajar yang cemerlang, budaya kerja yang progresif dan berkualiti. 

 Objektif

  • Merancang dan memastikan pembangunan infrastruktur ICT berjalan dengan lancar dan sistematik.
  • Memberi  perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang ICT kepada seluruh sistem terutama dalam penyelenggaraan, pembangunan sistem dan peralatan ICT.
  • Meningkatkan penggunaan teknologi ICT di kalangan kakitangan Akademik dan Pentadbiran.
  • Memastikan kemudahan ICT untuk pelajar sebagai pelanggan utama adalah terkini dan kondusif, dan boleh digunakan untuk pembelajaran.

Info Unit ICT 2

Unit ICT merupakan salah satu unit yang penting di dalam struktur organisasi Kolej Matrikulasi Kedah yang telah diwujudkan sejak mulanya kolej ini di bangunkan iaitu sejak tahun 2003.

Fungsi Utama Unit ICT

  • Merancang, Membangun dan Melaksanakan dasar-dasar ICT.
  • Menguruskan kesemua peralatan ICT seperti makmal-makmal komputer, sistem-sistem komputer, sistem rangkaian komputer dan juga server-server.

Pengurusan keseluruhan kemudahan ICT ini penting bagi melancarkan proses Pembelajaran dan Pengajaran pelajar-pelajar di kolej ini bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berinovasi.

Page 1 of 2