
23 Jun 2025 – Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) telah menerima kehadiran pelajar baharu bagi Sesi 2025/2026 sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) yang bermula hari ini. Lebih 1,500 pelajar dari seluruh negara mendaftar masuk ke KMK bagi mengikuti program Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES) kali ini.
Proses pendaftaran berjalan lancar bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kerjasama pihak pengurusan kolej, pensyarah, staf, serta fasililator dari kalangan pelajar Semester 3. Pengarah KMK, Puan Zuriah binti Sulaiman turut hadir meninjau dan menyantuni para pelajar dan waris.
MPPB akan berlangsung sepanjang minggu ini dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat HEP, akademik dan kokurikulum, pembentukan sahsiah melalui disiplin serta persediaan menghadapi alam matrikulasi. KMK mengalu-alukan semua pelajar baharu dan mendoakan kejayaan mereka sepanjang pengajian.