Unit Kimia merupakan salah satu unit yang berada di bawah naungan Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Kedah. Lokasi unit ini terletak di Aras 2 Blok Pentadbiran Seri Jerai. Diketuai oleh ketua unit, En. Muhammad Haziq bin Mohd Redzuan dan terdiri daripada 33 orang pensyarah yang masing-masing mempunyai kepakaran dan pengalaman tersendiri dalam bidang ini.
Mata pelajaran kimia merupakan subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar aliran sains Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES). Berikut merupakan kod kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar.
PROGRAM |
KOD KURSUS |
SDS Semester 1 |
SK015 |
SDS Semester 2 |
SK025 |
SES Semester 1 |
DK014 |
SES Semester 2 |
DK024 |