
13 Mei - Majlis Pohon Restu, Bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) II & IV bagi sesi 2024/2025 telah diadakan dengan jayanya pada 11 Mei 2025 (Ahad) bertempat di Masjid Khulafa Ar-Rasyidin, Kolej Matrikulasi Kedah.
Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memohon keberkatan dan restu Ilahi, para pensyarah serta mendoakan kesejahteraan dan kejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan akhir semester. Program ini juga menjadi medium untuk memupuk hubungan yang erat antara pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan kolej.
Pengisian majlis dImulakan dengan solat hajat, bacaan surah Yassin, ucapan Puan Pengarah diikuti dengan sesi pohon restu.
Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, barisan pengurusan kolej, pensyarah-pensyarah, kakitangan kolej serta para pelajar semester II dan IV. Kehadiran yang memberangsangkan mencerminkan komitmen semua pihak terhadap kesejahteraan rohani dan akademik pelajar.
Diharapkan majlis seumpama ini dapat terus dijadikan tradisi dalam memberi dorongan dan sokongan moral kepada para pelajar menjelang peperiksaan penting.
Video penuh majlis ini boleh ditonton di platform Youtube KM Kedah TV manakala untuk lebih banyak gambar, sila layari laman Facebook rasmi Kolej Matrikulasi Kedah.