
Telah berlangsung Program Sinergi Intelektual Kolej Matrikulasi dan Guru Matematik Tambahan Sekolah Berasrama Penuh dari 11 - 12 Jun semalam.
Program ini diadakan selari dengan hasrat Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) yang sentiasa menggalakkan usaha dalam kalangan para guru sekolah berasrama penuh (SBP) untuk meningkatkan kemahiran pedagogi, penggunaan teknologi dan aplikasi terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), penggunaan soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kaedah pentaksiran yang optimum dan perkongsian amalan terbaik dalam PdP untuk semua guru SBP.
Terima kasih En. Mohd Noor Hafizee Zulkaflee @ Zulkifli, KPPK Pengurusan Kurikulum Matematik Sektor Akademik Bahagian Matrikulasi dan En. Mohd Azlie Abdul Aziz, Penolong Pengarah Unit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (USTEM), Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) yang hadir.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua guru serta pensyarah yang terlibat.