
30 Ogos 2024 - Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan juga pelantikan jawatankuasa pelajar yang lain seperti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD), Kelab Rakan Sukan (KRS), Kelab Rakan Perpustakaan (KRP), Students Islamic Council (SIC), Sekretariat Rukun Negara (SRN), Jawatankuasa Kolej Kediaman Blok A, B dan C, We Care Crew (WCC) serta Peer Assisted Learning (PAL) telah pun berlangsung pada malam 30 Ogos 2024. Setelah berakhirnya watikah, majlis diteruskan dengan perarakan masuk Kontinjen KAKOM KMK 2024 dan sambutan Warna Warni Malam Ambang Merdeka sehingga detik 12.00 tengah malam berserta dengan laungan merdeka dari warga KMK.