Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Info KMK

mppb

1) Merancang dan menguruskan proses pendaftaran dan pengendalian Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB).

2) Menguruskan proses rayuan, pertukaran kolej, penangguhan pengajian dan pemberhentian pelajar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

xtvt

3) Merancang, mengurus dan mengawalselia pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah pelajar di dalam dan di luar kolej.

4) Memastikan suasana yang harmoni dan kondusif semasa pelajar berada di kolej melalui penyediaan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan kebajikan yang diperlukan oleh pelajar seperti Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP), Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK), insuran pelajar, pinjaman prasarana dan lain-lain.

pilihanraya

5) Merancang, mengurus dan memantau pengendalian proses pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

6) Membimbing, memberi khidmat nasihat dan mengawalselia aktiviti dan program pelajar dibawah JPP.

jpp 1

7) Mengurus dan mengambil tindakan susulan terhadap sebarang bentuk aduan daripada pelajar dan staf kolej berkaitan dengan pengurusan pelajar dari semasa ke semasa.

8) Menguruskan proses perbicaraan, memberi khidmat bimbingan bagi kes rayuan dan menguatkuasakan hukuman yang telah dijatuhkan mengikut Akta 174.

consultation

9) Mengurus permohonan pulang bermalam khas dan outing khas ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

10) Melaksanakan dan mengawal disiplin dan tatatertib pelajar.

serambi 1

11) Mengurus urusan kad matrik pelajar.

12) Merancang dan menguruskan data pelajar dengan sistematik dan terkini.

13) Mengendalikan pelajar sakit ketika waktu PdP.

14) Mengurus penubuhan dan aktiviti alumni.

serambi 2          

INFO UNIT HAL EHWAL PELAJAR

Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) bertanggungjawab dalam merancang, mengurus, mengawal selia program/aktiviti pelajar, disiplin, sahsiah, kebajikan pelajar dan alumni bagi memastikan urusan berkaitan hal ehwal pelajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Unit HEP adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

Unit HEP di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dikendalikan oleh 2 orang Penolong Pengarah HEP dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Am Pejabat. Kaunter HEP KMK bertempat di bangunan pentadbiran yang dikenali sebagai “Serambi Aktiviti Pelajar” dan beroperasi pada waktu pejabat. Di Serambi Aktiviti Pelajar, pelajar diberi kemudahan untuk menggunakan komputer berinternet secara percuma.

 

kaunter hep

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari Masa
Ahad – Rabu 8.00 pagi – 1.00 petang  &  2.00 – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang  &  2.00 – 3.30 petang
Jumaat & Sabtu TUTUP

 

serambi 3

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Bil. Kemudahan Bil Unit Kapasiti
1. Ruang Santai 1 20
2. Ruang Konsultasi 1 30
3. Port kerusi batu 2 30
4. Laman Cendekia 1 90
5. Bamboo Port 1 60