Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Berita Terkini

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo 2 Dekad Kolej Matrikulasi Kedah

Majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan Mencipta Logo 2 Dekad Kolej Matrikulasi Kedah telah berlangsung pada 4 April 2023 bertempat di Serambi kolej pada jam 2.30 petang. Majlis dikendalikan oleh pelajar-pelajar dari kelas A4T4 dan disempurnakan oleh Tn. Pengarah, En. Mohamad Salleh bin Ahmad. 

 

Johan pertandingan menjadi milik Asma’ Maisarah binti Ahmad Saibudin dari kelas F3T3, manakala Naib Johan jatuh kepada Pn. Marzita Ismail dari Unit Sains Komputer dan tempat ketiga  dimenangi oleh Nor Amalia binti Rafie dari kelas A4T4. Tujuh (7) peserta lain juga telah terpilih sebagai pemenang saguhati. Mereka terdiri daripada Nur Syarafana binti Mat Zaki (K1T1), Nurin Athirah binti Abdullah (F3T2), Preeteeba A/P Sundramogan (H4T3), Saw Zhi Xuan (A2T4), Nur Fatin binti Mohd Husni (H4T5), Chew Yen Ling (H1T5), Nur Aniza binti Mohd Yusof (F3T$).