1 Jan 2026 – Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) telah menganjurkan program “Back to School & No Backpack Day” sebagai satu inisiatif bagi mengimbau kembali kenangan manis semasa zaman persekolahan.
Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai suasana sekolah dengan cara yang unik dan menyeronokkan. Bertepatan dengan konsep "No Backpack Day", para pelajar menggunakan pelbagai alat kreatif sebagai pengganti beg untuk membawa buku dan alat tulis, sekali gus mencetuskan suasana ceria dan penuh nostalgia di sekitar kampus.
Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya menceriakan hari pelajar, malah turut mengeratkan hubungan sesama warga KMK serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih santai dan positif.
Hits: 158
Written by Marzita binti Ismail on . Posted in Berita KMK.
Warga Kolej Matrikulasi Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Faizal bin Khudri atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Pada masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj Mhd Sofiyuddin bin Salleh atas jasa, sumbangan dan bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan Sains.
Semoga kepimpinan yang baharu ini terus membawa kecemerlangan, memperkukuh kerjasama warga jabatan serta menyumbang kepada kejayaan berterusan Kolej Matrikulasi Kedah.
Hits: 179
Written by Marzita binti Ismail on . Posted in Berita KMK.