Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah Melapor Diri

9 Mac - Hari ini, Kolej Matrikulasi Kedah dengan sukacitanya menyambut kehadiran Timbalan Pengarah yang baharu, Tuan Haji Noorhisam bin Samsuddin, yang telah melapor diri untuk memulakan tugas rasmi di KMK.

Beliau disambut mesra oleh Pengarah KMK serta barisan pengurusan kolej dalam satu sesi ramah mesra yang diadakan di Bilik Mesyuarat Mahsuri. 

Seluruh warga KMK mengalu-alukan kehadiran beliau dan berharap kepimpinannya akan membawa KMK ke tahap yang lebih gemilang.