
Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Inovasi Pendidikan peringkat Kolej Matrikulasi Kedah yang bertemakan "Pendidikan Tersedia Masa Hadapan Memperkasa Pembangunan Modal Insan" telah berlangsung pada hari ini, 21 Mei 2023. Sesi pembentangan dan pameran telah dilaksanakan bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi manakala sesi penjurian diteruskan selepas itu sehingga jam 1.00 tengahari. Konvensyen kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkkan daripada para pensyarah. Berikut adalah maklumat penyertaan mengikut setiap kategori.