
Pada 10 April 2025 yang lalu, Kolej Matrikulasi Kedah telah menganjurkan Sambutan Aidilfitri Keluarga Madani bertempat di Dewan Mahawangsa. Majlis meriah ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kolej yang terdiri daripada pelajar, pengurusan tertinggi dan staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan pelajar, serta meraikan semangat perpaduan dalam suasana hari raya.
Pelbagai gerai juadah raya telah disediakan untuk semua tetamu, menampilkan hidangan tradisional seperti ketupat, rendang, lemang, sdan kuih-muih raya. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan pentas termasuk nyanyian lagu raya, tarian kebudayaan dan persembahan band.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat kekeluargaan selari dengan konsep “Keluarga Madani”. Suasana majlis yang penuh warna-warni dan ceria ini turut dimeriahkan dengan sesi bergambar, persembahan dan penyampaian hadiah untuk pertandingan kad raya tercantik.
Sambutan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kolej, malah menjadi platform terbaik untuk memupuk nilai murni dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Perjalanan keseluruhan acara sambutan boleh ditonton di platform YouTube KM Kedah TV.





