
Program Jerayawara Penataran Pengurusan Pelaksanaan Jurusan Sains Komputer (JSK) telah berjaya dilaksanakan pada:
Tarikh: 9 April 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Mahsuri, Kolej Matrikulasi Kedah.
Program ini bertujuan memberi pencerahan dan penataran terkini kepada pensyarah berkaitan pelaksanaan Jurusan Sains Komputer di Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tetamu kehormat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang hadir ialah Tn Hj Mohd Yusof bin Samad, Timbalan Pengarah Sektor Akademik serta En Mohd Noor Hafizee bin Zulkaflee @ Zulkifli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Akademik Matematik.
Program telah berjalan lancar dengan sesi taklimat, perbincangan dan perkongsian maklumat serta lawatan ke makmal komputer yang amat bermanfaat kepada semua pengurusan tertinggi KMK serta Ketua Unit Sains Komputer dan Matematik serta pensyarah-pensyarah yang terlibat . Diharapkan penataran ini dapat memperkasa pelaksanaan jurusan Sains Komputer dengan lebih sistematik dan berkesan di peringkat kolej matrikulasi.





