
25 Jun - Majlis Perhimpunan Pensyarah dan Staf bersama Pengarah KMK kali pertama bagi sesi 2024/2025 telah berlangsung di Dewan Kuliah Besar pada jam 11.00 pagi semalam. Selain ucapan dari Timbalan Pengarah dan Pengarah KMK, perhimpunan tersebut juga telah diisi dengan slot Minda Madani yang disampaikan oleh En. Zaidi bin Man, penyampaian sijil serta Taklimat MPPB oleh pegawai yang terlibat. Majlis diakhiri dengan acara memotong kek bagi meraikan hari lahir para pensyarah dan staf bagi bulan Mei dan Jun.






