Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Berita Terkini

Majlis Penyerahan Anak Angkat Kafeteria

2 Jan - Program Penyerahan Anak Angkat Kafeteria  merupakan usahasama antara Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bersama pengusaha kafeteria.

Proses pemilihan dilakukan secara terperinci berdasarkan data, diikuti dengan sesi temu duga secara berperingkat. Antara kriteria utama yang diambil kira termasuklah tahap pendapatan isi rumah, jumlah tanggungan keluarga, status pekerjaan ibu bapa, serta aspek lain yang mempengaruhi kesejahteraan pelajar.

Program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pelajar dengan memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya untuk mengurangkan beban kehidupan harian dan fokus kepada pencapaian akademik.

Penghargaan terima kasih kepada Puan Pengarah, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Unit Hal Ehwal Pelajar, barisan JPP dan semua pengusaha Kafeteria Kolej Matrikulasi Kedah.

#UnitkebajikanHEP
#excokebajikanJPP