Informasi Unit
Organisasi
Pensyarah
Aktiviti
Informasi P&P
Kalendar Akademik
Silabus PST
Silabus PDT
Silabus Pend. Moral
Rujukan

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan salah satu laman yang membantu warga Kolej Matrikulasi Kedah dan pelawat laman web yang berminat mengetahui tentang Unit Pendidikan Islam dan Moral serta perkembangan terkini bidang kerohanian di Kolej Matrikulasi Kedah bagi tujuan mengenali dengan lebih dekat lagi Unit Pendidikan Islam dan Moral.

          Laman ini juga memaparkan sebahagian aktiviti yang telah dijalankan untuk memberi sedikit info berkaitan Unit Pendidikan Islam dan Moral, Pusat Islam dan Masjid Khulafa Ar Rasyidin untuk manfaat ilmiah warga Kolej Matrikulasi Kedah dan tetamu Kolej Matrikulasi Kedah.

 

 

Misi

Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkemampuan menghasilkan pelajar yang berfikiran mantik,inovasi dan kesarjanaan Islam,   serta berkemahiran mengguna pengetahuan dalam bidang sains dan Pend. Islam untuk kesejahteraan dunia dan akhirat secara berkesan.

Unit Pendidikan Islam dan Moral sentiasa kehadapan dan berwibawa dalam  melahirkan generasi insan berkualiti yang mempunyai kemahiran sains, nilai-nilai murni, berwawasan tinggi, berketrampilan, inovatif, dinamik dan beriman sebagai modal Insan dalam menangani era globalisasi .

 

 

Visi 
        

Melahirkan intelektual  mulia, cemerlang yang kreatif, kritis dan inovatif dalam membina asas dinamik serta reformasi  dalam penciptaan sains, teknologi, berakhlak mulia dan bermotivasi diri  dalam menghadapi cabaran  era perubahan.

 

 

Objektif Unit

  • Menyediakan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan melalui perancangan yang teliti dan profesional selaras dengan kehendak kolej dan Bahagian Matrikulasi.
     
  • Memberi pendekatan kepada pelajar dalam penggunaan istilah, tatatanda, prinsip dan kaedah semua bidang pend. Islam.
  • Bertindak sebagai fasilitator penasihat serta tempat rujuk kepada pelajar dalam menganalisis, mentafsir dan membuat keputusan .
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang hubungkait antara suatu tajuk dengan tajuk yang lain dan hubungkait dengan pend. Islam dan kehidupan.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai nilai, etika, berkemahiran tinggi dan dinamik serta mampu menjana idea baru.
  • Melahirkan ulama intelektual dan intelektual beriman, berkualiti dan berperibadi mulia

 

 

 

 

 


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah