OVERVIEW TENTANG UNIT
Unit Matematik Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan salah satu unit daripada 13 unit yang terdapat di Kolej Matrikulasi Kedah. Unit matematik juga adalah salah satu unit matapelajaran teras di dalam program matrikulasi aliran sains selain daripada matapelajaran Fizik, Kimia dan Biologi. Unit matematik diterajui oleh seorang ketua unit dan diselia oleh ketua jabatan yang bertanggungjawab terhadap Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah. Pada masa ini unit matematik mempunyai kapasiti 35 orang pensyarah berbanding hanya 15 orang pensyarah ketika ia baru ditubuhkan pada Mei 2003.
Misi
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkemampuan menghasilkan pelajar yang berfikiran mantik serta berkemahiran mengguna pengetahuan matematik secara berkesan.
Objektif Unit
- Menyediakan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan melalui perancangan yang teliti dan profesional selaras dengan kehendak kolej dan Bahagian Matrikulasi.
- Memberi pendekatan kepada pelajar dalam penggunaan istilah, tatatanda, prinsip dan kaedah matematik.
- Bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar dalam menganalisis, mentafsir dan membuat keputusan matematik.
- Memberi pendedahan kepada pelajar dalam merumus masalah dalam bentuk matematik dan menyelesaikannya.
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang hubungkait antara suatu tajuk dengan tajuk yang lain.
- Mengembangkan kefahaman pelajar dalam penggunaan aljabar dan kalkulus dalam bidang sains, teknologi, sains sosial dan pengurusan.
- Mencapai sasaran keputusan peperiksaan akhir semester bagi subjek matematik.
· Gagal sifar
· Purata Nilai Mata Gred Keseluruhan (PNGK) melebihi 3.0
· Aliran Sains (M001) - Sasaran PNGS Semester 1 = 3.052, Sasaran PNGS Semester 2 = 3.194
· Aliran Perakaunan (M003) - Sasaran PNGS Semester 1 = 3.052, Sasaran PNGS Semester 2 = 2.960