KAKOM 2008

 8 Ogos 2008

 Informasi Unit

 Organisasi

 Pensyarah

 Aktiviti

        Sukan Dan Permainan

        Kelab Dan Persatuan

         Badan Uniform

 Informasi P&P

 Kalendar Akademik

 Silabus

 Rujukan


 

 

 

 

Unit Kokurikulum berfungsi untuk memberi pendedahan ilmu kokurikulum kepada pelajar-pelajar selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan kegiatan kokurikulum seharusnya dapat membantu meningkatkan kesan positif dalam pelajaran. Di samping menuju ke arah pembentukkan akhlak mulia, kokurikulum juga dapat menyediakan kemahiran-kemahiran asas kearah kecemerlangan diri. Jabatan Kokurikulum turut memberi penekanan dari segi ilmu teori dan amali.

          Unit Kokurikulum diterajui oleh Encik Dzul Bahar bin Ahmad selaku Ketua Unit dan diikuti oleh 8 lagi Pensyarah Kokurikulum. Unit Kokurikulum menawarkan tiga komponen gerak kerja kokurikulum di Kolej Matrikulasi Kedah untuk dipilih oleh pelajar-pelajar bagi setiap semester, yang meliputi:-
a. Sukan dan Permainan
b. Kelab dan Persatuan
c. Kawad Kaki

        Kolej Matrikulasi Kedah telah menunjukkan kemampuan yang membanggakan dalam beberapa aktiviti termasuklah berjaya meraih Johan keseluruhan bagi Karnival Kokurikulum Kolej-Kolej Matrikulasi Malaysia (KAKOM) 2004. Unit Kokurikulum percaya dan berharap kejayaan-kejayaan ini merupakan tapak dan asas untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Adalah diharapkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan lebih aktif akan dapat menghasilkan kejayaan cemerlang di samping membantu menangani pelbagai masalah disiplin serta membentuk pelajar inovatif, kritis dan kreatif.

 

 Visi Unit

Melahirkan seramai mungkin pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum disemua peringkat menerusi gerak kerja kokuriklum yang terancang.
 

 
Misi Unit

Membimbing dan melibatkan pelajar secara proaktif dalam pelbagai komponen sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta kawat kaki melalui strategi perancangan yang mantap sehingga mencapai standard yang ditetapkan disamping mengembangkan aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual pelajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara
 

 
Objektif

Objektif aktiviti kokurikulum ialah untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi individu yang lebih matang sejajar dengan hasrat Bahagian Matrikulasi melalui:-

  1. Mengimbangkan antara kecemerlangan akademik dengan kecemerlangan diri.
  2. Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama kumpulan di kalangan pelajar.
  3. Menyediakan ruang kepada pelajar untuk mengasah dan mengembangkan bakat serta kemahiran untuk faedah kendiri dan masyarakat.
  4. Membantu pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dapat membentuk sifat-sifat kepimpinan, jatidiri, ceria dan berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  5. Pengisian masa lapang dengan memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti- aktiviti yang berfaedah.
  6. Membentuk disiplin dan kepimpinan pelajar.
  7. Meluaskan interaksi dan intergrasi sosial dalam masyarakat umum dan perpaduan kaum bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar.
  8. Meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar.

 

 


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah