UNIT DINAMIKA KEMAHIRAN
  Kolej Matrikulasi Kedah
  Kementerian Pelajaran Malaysia
  06010 Changlun
  Kedah Darul Aman
  Tel:04-9286100

 

 Tarikh Kemaskini:

  20 Oktober 2008

 

    Hit Counter

 frontpage hit counter



 


PENGENALAN

Dinamika Kemahiran merupakan mata pelajaran baru dalam Sistem Pendidikan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia mulai ambilan Mac 2002. Ia merupakan subjek wajib yang merangkumi tiga komponen penting iaitu Penampilan Diri, Kemahiran Berkomunikasi dan Pendidikan Kewarganegaraan.

Pengubalan subjek ini adalah untuk melahirkan pelajar matrikulasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah gemilang dari segi sahsiah dengan memupuk keyakinan diri, kecerdasan dari segi mental dan emosi di samping menjadi warganegara yang setia dan berani menghadapi cabaran ke arah kesejahteraan diri, bangsa dan negara selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelajar Kolej Matrikulasi diwajibkan mendaftar subjek ini sekali sepanjang pengajian mereka di matrikulasi. Pelajar juga wajib menghadiri kuliah/tutoran 1 jam seminggu bagi melengkapkan kursus ini. Tiada peperiksaan akhir untuk mata pelajaran ini dan pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kehadiran, penglibatan, kuiz dan pembentangan tugasan serta sahsiah.

 

MATLAMAT

Dinamika Kemahiran bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri, cerdas dari segi mental dan emosi di samping menjadi warganegara yang setia dan berani menghadapi cabaran ke arah kesejahteraan diri, bangsa dan negara melalui Penampilan Diri, Kemahiran Berkomunikasi dan Pendidikan Kewarganegaraan.

 

OBJEKTIF

1. Mengamalkan tatatertib dan bersopan dalam pelbagai jenis aktiviti serta situasi di samping penampilan imej yang memberi kesan positif terhadap diri, bangsa, agama dan Negara.

2. Mengamalkan kemahiran asas perhubungan kemanusiaan dalam pelbagai situasi majlis melalui kemahiran berkomunikasi berkesan.

3. Memiliki semangat patriotisme agar sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan berterusan ke arah pembangunan negara.

 

 PENILAIAN

Komponen

Kod

Format

Masa

Markah

Peratus

Penilaian Berterusan

WD011

Ujian bertulis

Sepanjang semester

30

30

Amali

30

30

Sahsiah

40

40

JUMLAH

100

 


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah