Maklumat Am

  Organisasi

  Senarai AJK

Aktiviti

 

 

 

 

 KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Kolej Matrikulasi Kedah yang kini berusia 5 tahun sejak pembukaannya mula beroperasi pada tahun 2003 dengan objektifnya untuk mewujudkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. Dengan wujudnya Kolej Matrikulasi ini, pelajar bumiputra diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan masing-masing dan bersaing dengan sihat untuk mendapatkan tempat yang terbaik di institut pengajian tinggi.
 

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Jawatankuasa ini telah ditubuhkan seiring dengan pembukaan kolej ini bagi membantu organisasi kolej menangani masalah di kalangan pelajar. Badan induk pelajar ini merupakan perantara utama antara pelajar dan pihak pengurusan kolej. sebagai badan induk pelajar, ia telah diletakkan secara langsung di bawah Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu oleh Jawatankuasa Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Diketuai oleh Yang Dipertua, Muhammad Amirul 'Aizat bin Esa, organisasi ini telah banyak mengadakan aktiviti yang melibatkan semua pelajar. Tujuan utama  ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Dengan sokongan yang diberikan sepenuhnya oleh semua pelajar KMK, semua aktiviti telah berjalan dengan lancarnya. Walaupun banyak halangan dan cabaran, tetapi dengan semangat serta azam yang tinggi, semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tidak dilupakan tunjuk ajar daripada para pensyarah yang banyak menyumbangkan idea sangat dihargai.

Untuk berita selanjutnya, layarilah laman ini, http://www.kmk.matrik.edu.my/jpp/index.htm

 

 


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah