# Informasi R&D

 AJK

 Kajian

 Aktiviti

 Bengkel

 Seminar

 Takwim

 Pautan

 Buletin 'R&D@KMK'

 
  

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

Penyelidikan merupakan salah satu agenda penting bagi memperkasakan pendidikan khususnya di Bahagian Matrikulasi. Percambahan fikiran yang terhasil boleh digunakan dalam meningkatkan kegemilangan profesion pendidikan dan dapat meningkatkan kualiti pelajar bagi melahirkan lapisan masyarakat minda kelas pertama yakni masyarakat yang berpengetahuan , berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan untuk kita terus melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan.

Kepentingan R&D dalam pembangunan negara menyebabkan kerajaan amat komited untuk meningkatkan keupayaan R&D, keupayaan saintifik dan keupayaan inovasi dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Aktiviti R&D di Kolej Matrikulasi Kedah telah bermula sejak tahun 2003 dan sehingga kini pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di peringkat kolej mahupun BMKPM.


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah