SUDILAH KLIK DI BAWAH


Kerjaya

Pendidikan Keibubapaan

Takwim

Modul MPPB

Modul Mentor Mentee

Inventori Stres

Inventori Kerjaya VPI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengenalan Unit Kaunseling

Unit ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan secara percuma kepada semua warga KMK khususnya para pelajar dengan berlandaskan kepada etika kaunseling (penerimaan tanpa syarat, kerahsiaan, kejujuran, ketulenan dan atas kepercayaan bahawa setiap pelajar mempunyai hak tersendiri dan perlu dihormati sebagai seorang manusia).

Perkhidmatan unit ini berdomainkan kepada aspek pencegahan, pemulihan, perkembangan dan pengukuhan melalui aktiviti-aktiviti dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental dan kepemimpinan.

Matlamat kaunseling ialah ke arah kesempurnaan kendiri secara mutlak. Menurut Shertzer dan Stone (1968) kaunseling ialah satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup sehingga ia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil untuk masa depannya.

Corey (1977) pula menyatakan kaunseling ialah proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan bagi dirinya. Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan mengenai dirinya serta juga pilihan-pilihan yang boleh dipilih agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.

Antara maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya:

Bil
Perkhidmatan Kaunseling
1 Perkhidmatan Unit Kaunseling dan Kerjaya
2
Kaunselor Anda
3 Modul Mentor Mentee/LDK
4
Interaksi Kaunseling dan Kerjaya
5 Personaliti Kerjaya RIASEC
6 Carta Organisasi Program Mentor Mentee
7 Taklimat UBK

 

 

 

 


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah