o Paparan utama

   o Organisasi

   o Aktiviti

 

 

Pusat Kecemerlangan Arkib & Dokumentasi Program Matrikulasi

Penubuhan Pusat-pusat Kecemerlangan di Kolej-kolej Matrikulasi adalah antara perancangan strategik Bahagian Matrikulasi ke arah Penjenamaan Semula Program Matrikulasi. Ini memang tepat pada masanya dan selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Pendokumentasian maklumat berkaitan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Bahagian Matrikulasi dan seluruh kolej matrikulasi sepatutnya dilakukan secara berpusat supaya dapat diurustadbir secara sistematik dan teratur. Fakta atau peristiwa penting (milestones) Program Matrikulasi perlu direkodkan ke dalam bentuk dokumen, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, rakaman bunyi, pita video, CD, VCD, DVD atau sebarang bentuk rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikalnya. Oleh itu,  sebuah galeri diperlukan untuk menyimpan, mempamer dan menyebarluaskan  khazanah dan bahan-bahan sejarah bagi melengkapkan peranan dan fungsi pusat ini. Selain itu, sebuah pusat latihan yang berlandaskan teknologi video juga perlu diwujudkan untuk menggalas tanggungjawab membina kemahiran warga matrikulasi dalam aspek-aspek penerbitan yang boleh menyumbang dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengdokumentasian.
 

 

 Galeri Matrikulasi

 


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah