
Kolej Matrikulasi Kedah telah menyediakan kemudahan asrama sebagai kediaman pelajar sepanjang sesi pengajian mereka. Setiap pelajar akan ditempatkan dibilik kediaman seramai 4 orang untuk satu bilik. Asrama ini mampu menampung seramai 3000 orang pelajar pada setiap sesi pengajian. Terdapat tiga kluster asrama pelajar di dalam Kolej Matrikulasi Kedah. Setiap kluster ditempatkan pelbagai kemudahan pelajar serta Felo yang akan menjaga kebajikan mereka.
Ia didirikan bukan hanya bertujuan menyediakan tempat tinggal untuk para pelajar sahaja, tetapi juga bermatlamat membawa pelbagai manfaat dalam pembelajaran. Pihak kolej juga berharap pelajar yang tinggal di asrama dapat mempelajari hidup bersepadu, berdikari dan berdisiplin.
Demi memanfaatkan pelajar asrama pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak kolej boleh digunakan untuk memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran. Selain itu, makanan dan minuman ada dijual di dewan makan setiap kluster dari pagi hingga ke malam. Demi memastikan keselamatan pelajar, pihak kolej juga mengaturkan pegawai keselamatan sehari 24 jam mengawal keselamatan kolej dan asrama.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan
- Bilik Pelajar
- Bilik TV
- Bilik Tetamu
- Bilik Bacaan
- Bilik Seterika
- Bilik Sakit
- Bilik Penyelia Asrama
- Cyber Cafe
- Kediaman Warden
- Kedai Dobi
- Pejabat Warden Asrama