Informasi Jabatan/Unit

 Paparan mula

 Organisasi

 Pensyarah

 Aktiviti

 

 

JABATAN SASTERA IKHTISAS

Terdapat 6 unit utama di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas iaitu Unit Perakaunan, Unit Pengurusan Perniagaan, Unit Ekonomi, Unit Bahasa Inggeris, Unit Pendidikan Islam/Moral dan Unit Dinamika Kemahiran.

Puan Hajar binti Abdul Hadi
Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas

 

 Sekapur Sirih


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK Laman Web kerana memberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembinaan laman web ini  kerana banyak mengorbankan masa dan tenaga serta buah fikiran sehingga berjaya membina satu laman web yang lengkap merangkumi semua aspek berkaitan jabatan ini. Ianya amat penting kerana melalui laman ini masyarakat luar dapat mengetahui tentang komposisi porgram matrikulasi secara amnya dan khususnya kewujuduan sebuah kolej di Changlun, Kedah. Dalam paparan jabatan ini, umum akan dapat mengetahui kandungan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar yang mengikuti program matrikulasi jurusan perakaunan. Umum juga perlu melihat gambaran kehidupan pelajar dan aktiviti yang dijalankan sepanjang pelajar ketika belajar di kolej ini. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kerana melayari laman web ini, semoga semua pihak mendapat maklumat dan manfaat daripadanya, Insyaallah.

Kualiti Menjana Kecemerlangan
 
KELULUSAN
  • MBA (Accounting) UUM – 2005
  • Sijil Kursus Teknologi Maklumat DalamPendidikan (KDP) Ins Perguruan Ipoh Baru - 2000
  • Sijil Kursus Sekolah Bestari (KDP) IPBMM - 1998
  • Dip. Ed. MPPPP (KPLI) – 1994
  • Chartered Accountant - 1993
  • B. Acct (Hons) UUM – 1989
  • Diploma Perakaunan, UiTM - 1985 
PENGALAMAN KERJA / MENGAJAR
  • Pernah bekerja dengan anak syarikat PKNPk dari 1989 – 1993 (Syarikat Maju Perak Berhad) sebagai Penolong Pengurus Kewangan. Pernah dilantik menjadi pengarah dalam empat syarikat pembalakan, terlibat sepenuhnya membantu Pengurus Besar dengan sistem pengurusan kewangan syarikat, proses pengauditan, kertas kerja projek, penyelenggaraan bangunan, perjawatan dan pentadbiran syarikat.
  • Bertugas di SMK (Methodist) ACS, Ipoh, Perak dari 1994 – 1995: Setiausaha Peperiksaan SPM, Bendahari Kelab Guru, Penasihat Persatuan Perakaunan Tingkatan Enam dan Guru Kelas
  • Bertugas di Sekolah Menengah Ya'akob Latif, Jalan Peel, KL dari 1995 – 1998: Bendahari Koperasi Sekolah, Bendahari PIBG, Guru Kelas
  • Bertugas di SMK Bukit Bintang, KL dari Jan 1999 – Dis 1999: Bendahari Koperasi, Bendahari PIBG, Guru Kelas
  • Bertugas di SMK Iskandar Shah, Parit, Perak dari Jan 2000 – Jun 2002: Setiausaha Jadual Waktu Berkomputer, Bendahari Koperasi, Guru Kelas, Penasihat Persatuan Komputer, Pingpong dan Pengakap
  • Bertugas di Kolej Matrikulasi Perak dari Jun 2002 – Mac 2003: Mentor
  • Bertugas di Kolej Matrikulasi Kedah dari Mac 2003 – Jun 2003: AJK Kewangan Kolej (lantikan Pengarah Kolej), Setiausaha Unit
  • Menyambung pengajian peringkat Sarjana - MBA (Accounting)
  • Kembali bertugas di Kolej Matrikulasi Kedah pada Julai 2005 hingga kini sebagai Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas

 KURSUS YANG DIHADIRI

  • Bengkel Pengurusan Strategik, BMKPM, Tiara Resort, Port Dickson : 19 - 22 November 2008
  • Kursus Metodologi Latihan, KMPk, UiTM Resort, Shah Alam : 14 - 16 November 2008
  • Bengkel Pemurnian Takwim Kolej, KMK : 23 - 25 September 2008
  • Bengkel Analisa Data Kajian Penyelidikan 2008, KMK : 6 & 20 September 2008
  • Bengkel Kajian Analisa Keperluan Latihan, KMK : 21 - 27 September 2008
  • Kursus Asas Suntingan Video, Hotel Berjaya, Pulau Pinang : 3 -5 Julai 2008
  • Kursus Pemantapan Insan, Pulau Jerjak Resort, Pulau Pinang : 6 - 8 Disember 2007
  • Kursus Pembanguan Sumber Manusia, BMKPM, Telok Batik Resort : 11 -13 Disember 2007
  • Kursus Penjawat Awam Berprestasi Tinggi, Hotel Berjaya, Pulau Pinang : 18 -20 Oktober 2007
  • Bengkel Financial Report Standard, BMKPM, Pearl International, KL : 31 Julai - 2 Ogos 2007
  • Kursus Etiket dan Protokol, Cinta Sayang Resort, Sg Petani : 7 - 9 Jun 2007
  • Kursus Pengurusan Strategik, BMKPM, Pearl Internatiional, KL : 25 - 28 Februari 2007
  • Kursus Penaziran, BMKPM, Hotel Dynasty, KL 20 - 23 Februari 2007
  • Kursus Pemverifikasi Stok, Grand Continental, Pulau Pinang : 11 -13 Disember 2006
  • Kursus Pengurusan Stor dan Inventori, Crown Jewels, Pulau Pinang : 9 - 11 November 2006
  • Bengkel "Problem-based Learning", Grand Continental, Langkawi : 5 - 8 September 2006
  • Kursus Pengurusan Kewangan, Grand Season, KL : 16 - 18 Julai 2006
  • Kursus Peningkatan Profesionalisme, KMK, Swiss Inn, Sg Petani : 6 -8 April 2006
  • Kursus Intergriti Keluarga Bahagia, BSMKPM, Royal Casurina, Pulau Pinang : Disember 2005

ANUGERAH 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006

 


Copyright 2008 Kolej Matrikulasi Kedah