Dan salam sejahtera. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan anda ke laman web Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Kedah.
Lama web ini bertujuan untuk memberikan kepada anda sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan semua aspek perkhidmatan pendidikan dalam jabatan sains yang terdiri daripada Unit Kimia, Unit Biologi dan Unit Fizik. Adalah menjadi hasrat kami bahawa melalui ketelusan penyebaran maklumat ini, kami akan berjaya memupuk semangat kerjasama yang lebih erat serta menjalin perhubungan yang lebih rapat di antara kami dan pelajar, pensyarah, staff sokongan serta masyarakat umum amnya.
Adalah diharapkan laman ini akan dapat memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan. Kami akan sedaya upaya untuk menentukan maklumat-maklumat yang dipaparkan adalah terkini.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan, pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami sila kemukakan kepada kami.
Terima kasih kerana sedia mengunjungi laman web Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Kedah.
Pn Hjh. Rodziah Bt Ismail Ketua jabatan Sains
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pelajaran Malaysia
BIODATA
KETUA JABATAN SAINS
PN. HJH. RODZIAH BT ISMAIL
KELULUSAN:
Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian) (Pengkhususan : Kimia/Matematik) – USM, 1985
Sarjana Pengurusan Pendidikan – UUM, 2005
Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan Sekolah Bestari –IPDA, 1998
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 24 April 1985.
TARIKH DILANTIK : 1 OGOS 1985
PENGALAMAN MENGAJAR :
Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak (1985 – 1986).
Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar, Perlis (1987 – 1988).
Sekolah Menengah Tengku Suleiman, Tunjong, Perlis (1988 - 1992).
Sekolah Menengah Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Jalan Kaki Bukit, Perlis (1992 -1994 ).
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar, Perlis (1995 – 2000).