Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Info Unit Pendidikan Islam/Moral

Ringkasan Pengenalan Unit

Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sastera IKhtisas dan Sains Sosial Kolej Matrikulasi Perak. UPIM diterajui oleh Ketua Unit Ustazah Sharifah Noorulhayati binti Habib Elias. Pensyarah di bawah Unit Pendidikan Islam & Moral terdiri daripada 4 orang yang mempunyai pengalaman dan kelulusan dalam bidang pengajian Islam.

Unit Pendidikan Islam & Moral menawarkan dua kursus wajib bagi pelajar Sistem Dua Semester dan Sistem Empat Semester, iaitu : 

  1. Pendidikan Islam (WI001)
  2. Pendidikan Moral (WM001)

 

Pendidikan Islam

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :

     1.Mengaplikasikan hubungan baik dan bekerjasama dalam kumpulan secara berkesan semasa melaksanakan tugasan berkaitan dengan topik Falsafah Ilmu, Tamadun Islam dan Ulum Syar’iyah.

     2. Mengaplikasikan etika dan profesionalisme semasa melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan topik Falsafah Ilmu, Tamadun Islam dan Ulum Syar'iyah.



Pendidikan Moral

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :

     1. Mengaplikasikan hubungan baik dan bekerjasama dalam kumpulan secara berkesan semasa melaksanakan tugasan berkaitan dengan topik Pengenalan Pendidikan Moral, Nilai Universal Masyarakat Malaysia dan Global, Sosialisasi dan Jati Diri Remaja.

     2. Mengaplikasikan etika dan profesionalisme semasa melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan topik Pengenalan Pendidikan Moral, Nilai Universal Masyarakat Malaysia dan Global, Sosialisasi dan Jati Diri Remaja.



Maklumat Penilaian

Penilaian dijalankan secara berterusan meliputi semua aspek iaitu Kemahiran Kerja Berpasukan dan Kemahiran Etika & Profesionalisme

 

Tugasan Penilaian Berterusan : Projek Kemahiran Insaniah   (100%)