|
User Statistics
Registered users : 21 Online : 16 Guest : 16 Members : 0
Online members No members online!
|
Pengendalian Radas- Penggunaan alat radas dan peralatan di makmal hendaklah mendapat kebenaran daripada pensyarah atau staf makmal hendaklah mengikut garis panduan penggunaan yang betul
- Langkah-langkah Keselamatan semasa penggunaan hendaklah dipatuhi.
- Segala kerosakan, pecah dan kekurangan peralatan hendaklah dilaporkan kepada pensyarah atau staf makmal.
- Sebelum menggunakan alat elektrik, pastikan bahawa punca kuasa dan soket adalah sesuai dengan spesifikasi alat tersebut.
- Alat radas yang sensitif tidak boleh diubah alih sewenang-wenangnya seperti alat penimbang analitikal dan mikroskop.
- Sekiranya soket tidak berfungsi atau rosak maklumkan kepada staf makmal. Jangan cuba membaikinya sendiri.
- Ketika menanggalkan (plug) dari punca bekalan (soket) perlulah memegang kepala palam, bukan menarik wayar penyambung.
- Semasa hendak menjalankan amali penyulinga, buka dahulu bekalan air sebelum menghidupkan suis elektrik. Semasa hendak menghentikan proses penyulingan, tutup suis elektrik dahulu. Semasa proses pemyulingan pengawasan perlu dibuat.
- Gunakan penebuk gabus bersesuaian untuk memasang dan mengeluarkan thermometer atau salur kaca dari rubber stoppe.
- Jangan merendam peralatan kaca yang panas dalam air sejuk. Ia akan pecah. Letakkan radas yang panas di atas alas jubin.
- Semua peralatan yang digunakan untuk ujikaji mikrob hendaklah dibasmi kuman sebelum dan selepas ujikaji dengan menggunakan autoklif.
|
|
|