Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Hari Terbuka, "Heart of KMK" (HoK) 2.0

23 September - Hari Terbuka, "Heart of KMK" (HoK) telah berlangsung dengan meriah selama tiga (3) hari iaitu 21 hingga 23 September 2023, dimulai dengan Majlis Bacaan Yassin Perdana pada 21 September, 7.30 malam di Masjid Khulafa' ArRasyidin.

Pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Mewarna serta pameran dari agensi luar bertempat di perpustakaan menerima jumlah pelawat yang memberangsangkan. Antara agensi-agensi luar yang bersama-sama memeriahkan HoK 2.0 kali ini dengan aktiviti-aktiviti yang menarik ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Pejabat Kesihatan Daerah.

Paling istimewa, pihak jawatankuasa juga turut berjaya mengadakan jualan-jualan amal serta membawakan Mini Zoo ke KMK yang mana ia telah berjaya menarik minat anak-anak staf, pelajar-pelajar dan juga ibu-bapa yang hadir sepanjang dua (2) hari tersebut. 

Selain itu Program Anak Angkat & Taklimat Program Matrikulasi untuk pelajar-pelajar sekolah menengah juga turut diadakan untuk menarik minat lebih ramai anak-anak pelajar untuk menyertai Program Matrikulasi kelak. Gerai-gerai jualan yang meriah juga turut menyambut kunjungan tetamu sepanjang dua hari tersebut.

Aktiviti-aktiviti sukan seperti Pertandingan Sepak Penalti, Kursus Asas Woodball dan Futsal serta acara-acara kesenian seperti Pertandingan Gubahan Bunga dan Menghias Kek serta Malam Citrawarna juga merupakan acara yang memberi peluang kepada para pelajar KMK untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan dan kesenian.