Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta Penyerahan  Bendera KAKOM Kontinjen Kolej Matrikulasi Kedah

21 September -  Tirai majlis dibuka dengan persembahan-persembahan daripada warga KMK yang telah meraih kemenangan dalam beberapa pertandingan yang telah dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Antara acara yang dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan ialah pertandingan Tilawah Al-Quran, pertandingan video pendek ulasan buku, pertandingan menulis artikel, pertandingan video, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan bacaan sajak dan pertandingan melukis poster. Ada di antara pertandingan-pertandingan yang turut dibuka kepada staf dan pensyarah. Oleh itu majlis turut diselitkan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Majlis pada petang itu diteruskan lagi dengan sesi Penyerahan Bendera KAKOM Kontinjen Kolej Matrikulasi Kedah daripada Tuan Pengarah kepada Ketua Kontinjen KAKOM KMK iaitu Puan Shamsul Sakinah Hamzah dan diserahkan kepada Ketua Atlet iaitu saudara Muhammad Irfan Nabil bin Muhd Irman yang seterusnya mengetuai bacaan ikrar KAKOM 2023.

Majlis diakhiri dengan persembahan daripada [peserta-peserta persembahan KAKOM Kolej Matrikulasi Kedah yang bakal menjadi tuan rumah untuk KAKOM 2024 nanti.