|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN WAKTU PERKHIDMATAN  Ruang Bacaan Terbuka Ruang bacaan terbuka di lengkapi dengan meja dan kerusi yang boleh menempatkan pengguna lebih kurang 500 dalam satu masa. Ruang Karel 145 meja karel terbuka disediakan untuk pengguna yang lebih berminat belajar sendiri dan memberi tupuan secara individu. Pinjaman Terbuka kepada semua warga kolej yang berdaftar sebagai ahli. Bahan yang boleh dipinjam adalah dari koleksi Rak Terbuka. Pemulangan Pemulangan bahan pinjaman boleh dibuat melalui "Book Drop" pada bila-bila masa atau di kaunter Perkhidmatan. OPAC Perpustakaan KMK menyediakan kemudahan pencarian bahan yang efektif dan berkesan melalui sistem ILMU. Kaunter Rujukan Menyediakan perkhidmatan : - "Red Sport"
- Majalah
- Kertas soalan peperiksaan semester lepas
- Buku panduan IPTA dan buku-buku panduan yang lain
- Keratan Akhbar
Siber Remaja 1 & 2
Memberi perkhidmatan untuk mengakses Internet dan Intranet. (65 buah komputer) . Kemudahan mencetak juga disediakan. Bilik Sumber Media Menyediakan perkhidmatan rujukan dalam bentuk multimedia (CD Rom, Kaset dll). Dilengkapi dengan komputer, tv dan radio. Bilik Audio Visual Menyediakan kemudahan tayangan dalam kumpulan kecil (30 orang) . Memberikan kemudajan bagi pensyarah melaksanakan proses P&P yang memerlukan kelengkapan Audio Visual. Bilik Perbincangan 1,2,3,4 & 5
Memberi ruang kepada para pelajar untuk membuat perncangan dalam kumpulan kecil (8 orang). Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum digunakan. Loker Tempat penyimpanan barang atau loker terbahagi kepada dua iaitu loker berkunci dan terbuka. Bagi loker berkunci pengguna perlu mengisi borang untuk mendapatkan kunci. Mesin Fotostat Perkhidmatan fotostat diberi untuk pengguna membuat salinan bagi bahan yang tidak boleh dibawa keluar dari Perpustakaan. Pameran Buku Baru Satu daripada buku-buku yang diterima dan telah diproses akan dipamerkan di ruang pameran buku baru bertujuan memaklumkan kepada pengguna berkenaan buku tersebut. Ruang santai Ruang bacaan santai disediakan untuk pengguna rehat sambil membaca bacaan ringan seperti suratkhabar dan majalah. Bilik Rekreasi Bilik rekreasi dilengkapi dengan ruang rehat pengguna bersofa, tv dan juga dilengkapi dengan alat permainan "Indoor game" bagi memberi ruang para pelajar melepaskan tekanan belajar.
|