Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Mini-KonPPi Kolej Matrikulasi Kedah, 2023

Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Inovasi Pendidikan peringkat Kolej Matrikulasi Kedah yang bertemakan "Pendidikan Tersedia Masa Hadapan Memperkasa Pembangunan Modal Insan" telah berlangsung pada hari ini, 21 Mei 2023. Sesi pembentangan dan pameran telah dilaksanakan bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi manakala sesi penjurian diteruskan selepas itu sehingga jam 1.00 tengahari. Konvensyen kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkkan daripada para pensyarah. Berikut adalah maklumat penyertaan mengikut setiap kategori.

Pada sebelah petang pula telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penutupan yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, En. Mohd Junaidi bin Abd Aziz.  Majlis juga diteruskan dengan pengumuman pemenang serta acara penyampaian hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan pada hari ini akan menjadi pendorong dan semangat untuk kejayaan-kejayaan seterusnya pada masa akan datang.