Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Sambutan Hari Guru, "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" dan Keluarga Malaysia, "Riang Ria Aidilfitri" 2023

Majlis Sambutan Hari Guru, "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" dan Keluarga Malaysia, "Riang Ria Aidilfitri" 2023 bersama pensyarah dan staf telah berlangsung pada 11 Mei 2023 di Dewan Mahawangsa, Kolej Matrikulasi Kedah. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, En. Mohamad Salleh bin Ahmad. Majlis pada hari tersebut dimulai dengan acara gimik dan ucapan perasmian daripada Tuan Pengarah.

Kehangatan sambutan Hari Guru pula diteruskan dengan bacaan Ikrar Hari Guru serta penyampaian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh barisan pentadbiran kolej serta kumpulan koir pensyarah yang diketuai oleh En. Zaidi bin Man dan diakhiri dengan acara memotong kek oleh Tuan Pengarah. Kemeriahan majlis diteruskan dengan sambutan Keluarga Malaysia di mana pengisiannya adalah jamuan sempena perayaan Aidil Fitri 1444H. Sambil menikmati hidangan, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh para pensyarah dan staf yang berbakat dengan lagu-lagu Hari Raya yang popular sepanjang zaman.