INFO UNIT ASRAMA
Unit Asrama Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) bertanggungjawab membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta pemantauan sajian makanan di kafetaria. Di KMK, terdapat 3 blok kolej kediaman yang dikawalselia oleh penyelia asrama serta dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.
Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran, perpaduan pelajar dan pembangunan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik.
Semua pihak sama ada pengurusan kolej dan juga penghuni harus menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai.
Unit Asrama KMK dikendalikan oleh 4 orang Penyelia Asrama. Kaunter utama unit asrama terletak di Pejabat Asrama Blok B yang beroperasi mengikut waktu pejabat.
WAKTU PERKHIDMATAN
Hari |
Masa |
Ahad – Rabu |
8.00 pagi – 1.00 petang & 2.00 – 5.00 petang |
Khamis |
8.00 pagi – 12.30 tengah hari & 2.00 – 3.30 petang |
Jumaat & Sabtu |
TUTUP |
WAKTU KENDERAAN KOLEJ KE HOSPITAL/ KLINIK
Hari |
Masa |
Tempat Permohonan |
Pegawai Bertanggungjawab |
Ahad – Rabu |
8.30 pagi & 2.30 petang |
Pejabat Asrama Blok B
|
Penyelia Asrama
|
Khamis |
8.00 pagi & 2.00 petang |
Jumaat & Sabtu |
8.30 pagi sahaja |
Pejabat Felo Blok B |
Felo Bertugas |
*Sila hadir 30 minit lebih awal sebelum kenderaan bergerak bagi urusan pendaftaran.
**Sila bawa dokumen berkaitan semasa berurusan iaitu kad pengenalan, surat temujanji doktor dan surat pengesahan pelajar (jika perlu)